Monday, July 15, 2013

Puasa Hari ke 6-1434H

Harini dah masuk hari ke 6 kita berpuasa,syukur!cepat benar masa berlalu....dalam bulan Ramadhan ni semua umat berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan,cuba mengaut sebanyak mungkin pahala..manalah tau ini mungkin Ramadhan terakhir kita,Kalau tidak terakhir pun ini mungkin Ramadhan terakhir kita sihat,tidakpon ni mungkin Ramdhan terakhir kita kaya dan semestikan kita akan semakin tua....tetapi saya selalu dan terus mendoakan agar masih ada Ramadhan yang akan datang untuk kita supaya boleh terus menerus kita menokok tambah apa yang kurang,yang tak buat langsung dan mungkin juga menambahbaik apa yang sering dikerjakan dalam bulan yang penuh barakah ini.
Dalam Ramadhan yang sebelum-sebelumnya masa muda belia,belum bekeluarga,teringat bila mak selalu mengingatkan nak buat amal buat masa belum lagi sibuk dengan anak-anak yang masih kecil (bukan bermaksud ada anak tidak buat amal) cuma kadang-kadang masa dengan melayan kerenah anak-anak,nak solat di Masjid untuk berterawih juga agak terbatas.Tapi tidak mengapalah menguruskan hal keluarga juga kita akan dapat bahagian pahala juga selagi kita menjalankan tangungjawab dengan ikhlas.Betul tak????Tetapi itulah selagi bernama manusia banyak sangat alasan nya,liat,ligat pula mengejar bulan-bulan selepasnya....
Tidak ke masjid tidak semetinya tidak boleh menjalankan solat-solat sunat tambahan tapi kadang-kala sikap diri saya sendiri atau dengan kata lain MALAS, betul la kan mana ada syaitan yang menghasut bulan Ramadhan nih,so sikap diri kita sendirilah yang menetukan segala perbuatan kita...hehe.Tau pulak kan???

Bila terbaca dan tengok dalam media semasa sedih dengan nasib rakan-rakan seagama kita yang terlibat dalam peperangan,bencana alam, dan lain-lain musibah yang menimpa.Hati saya amat tersentuh dengan kanak-kanak Palestin ditangkap oleh rejim Israel kerana kesalahan anak-anak kecil tersebut hanya membaling batu ke arah tentera mereka.Apa akan jadi kepada anak-anak muslim tersebut dibawa pergi oleh mereka????Semoga baik-baik saja untuk mereka di sana. Mungkin tiada noktah penamat konflik di Palestin,kita hanya mampu berdoa semoga mereka terus mempertahankan tanah suci di sana.......Belum lagi tamat cerita di palestin,di Bumi Mesir pula keadaannya huru hara,angkara siapa?siapa dalang sebenarnya di sebalik semua kejadian ini???semua orang tahu atau buat-buat tidak tahu mungkin!sedih sangat dengan nasib mereka di sana....dalam menyambut bulan mulia ini,banyak nyawa insan tersayang terkorban.Betuahnya kita di bumi Malaysia,aman boleh menjalankan ibadah puasa dengan baik,makan makanan yang sedap-sedap.

Ya Allah, Semoga Malaysia terus makmur dan aman...

(berbalik kepada cerita puasa :)

Dalam kehidupan kita perlu ingat Lima perkara ni selain rukun Islam dan rukun Negara......heheh
1. Sihat sebelum sakit

2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

Begitulah kita sebagai manusia,suka menagguh-nangguh bila ada waktu sihat,muda,kaya,lapang dan hidup.Harapnya lepasni saya terus bersemangat menjalankan dan menghidupkan lagi malam-malam Ramdhan ini.........terus berusaha mencari malam rahsia yang satu...

S.k :Teringat dulu-dulu jalan kaki p  terawih kat masjid,pernah juga naik moto 3 orang...ayah,mak,saya kat belakang..heehe

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...