Monday, June 3, 2013

Perasaan itu!!!





Sebagai manusia biasa saya percaya semua orang ada perasaan marah dan dendam.Saya juga sering mengalaminya,dalam bebanyak perkara,kadang kala tanpa disengajakan percakapan atau perbuatan kita mungkin membuatkan orang lain marah,benci,meluat,terasa hati dan seangkatan dengannya.Begitu juga dengan diri saya percakapan dan perbuatan orang lain yang 'lebih kurang' membuatkan perasaan itu lahir dalam diri saya.
Walaupun ditolak jauh-jauh,tetapi hadir juga dalam diri ini.Saya sering mengelak dari mengambil hati jika kata -kata dan perbuatan tidaklah seteruk mana.Manusia mana la ada yang sempurkan kan!!!,tapi itulah saya juga manusia biasa,kadang-kadang boleh saja belapang dada dengan apa yang orang lain buat pada kita,cuba bersabar,cuba juga cover apa yang berlaku supaya orang di sekeliling kita tidak terasa dengan apa yang sedang berlaku.

Sememangnya saya juga tidak suka mengambil 'pot' jika sekadar perkara kecil dan selagi tidak menjejaskan aktiviti seharian saya.Biarlah mereka dengan cara dan sikap mereka.Yang penting mungkin cara itu mereka juga akan berpuashati dengan cara itu mungkin mereka itu akan berasa senang dan lega bila semuanya telah dilepaskan.Lain orang lain cara melepaskan marah,ada yang suka berdiam diri sahaja dengan musuh tersebut atau ada juga jenis dengan yang melepaskan marah kepada orang disekeliling beliau,maknanya semuanya kena tempiasla walaupun orang yang dia x berpuas hati hanya sorang saja.Tetapi jangan la sampai berlaku kecederaan fizikal kan,itu lebih bahaya la maknanya.

Pada saya suka saja berdiam diri dan jarang sangat saya berkongsi dengan orang lain,jika saya berasa marah atau tidak berpuas hati dengan orang lain.Bagi saya pendekatan itu lebih selamat.Biarla diri sendiri saja yang tahu.Mungkin itu cara saya mengurangkan ketegangan yang berlaku.Tetapi bila saya marah dengan seseorang,jangan risau orang sekeliling yang tidak terlibat dalam situasi tersebut tidak akan perasan yang saya tengah marah.Bukan bermakna saya menyimpan perasaan dendam,perkataan itu lagi jauh saya tolak ketepi.Menggambil masa dengan berdiam diri lebih baik bagi saya supaya lepasni keadaan akan jadi lebih baik.Harap begitu.Pelik kan manusia,bermacam ragam.Beberapa cara di bawah dapat mengelakkan kita dari terus melayani perasaan amarah.Sama-sama kita baca dan mengamalkannya........


Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
  1. 1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
  2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
  3. Minum air.
  4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
  5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
  6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
  7. Berfikiran positif.
  8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan
s.k Tak suka perasaan AMARAH itu!!!!

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...