rezeki yang berkat: sedikitnya cukup,banyaknya boleh diagih-agihkan.
Manakala rezeki yang tidak berkat,
sedikitnya tidak cukup,banyaknya tidak puas.
Rezeki yang tidak berkat seperti meminum air laut,semakin diminum semakin haus!!!!!
Rezeki!!!Jika dulu,pemahaman saya tentang rezeki hanyalah wang ringgit semata-mata,tetapi dalam pertambahan usia yang semakin matang rupanya makna rezeki itu cukup hebat sekali.......
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta. Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman "Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?" Nabi Ayub mejawab "Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu".
Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah :
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan).
Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya.
(Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri).
Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh.
Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada sebahagiannya merupakan hak mereka.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan).
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru "Ya Tuhanku,kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)". Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api. Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.
Entri ini ditulis adalah kerana anak saudara saya baru saja ada temuduga semalam,bagi saya ianya permualaan yang baik bagi beliau dan itu pun rezeki yang mungkin ditunggu-tunggu dalam kegawatan susah mendapat pekerjaan sekarang.Tetapi yakinla wahai kak long jika ada rezeki tidak kemana.Maksu sentiasa doakan semuanya akan berjaya dalam semua bidang diceburi...nak bagi duit lebih xder (ceeeewah ayat touching).Tak payah ingatla nak balas apa-apa sahaja sumbangan maksu yang terlalu kecil itu,cukupla dengan kejayaan dan kegembiraan buat semua....Ini kerana kakak -kakak serta abg-abag ipar juga banyak membantu saya sehingga sekarang,Jadi wajar saya pula membantu anak-anak saudara walaupun sumbangan tidaklah sebesar mana..Kerana ini juga rezeki.....sesunguhnya rezeki itu amat luas maknanya.......*tarik nafas*lepas.... itu juga rezeki....
s.k : yang kita beri itulah sebenarnya hak kita,yang kita simpan belum tentu lagi menajdi hak abadi kita!!!!!
No comments:
Post a Comment
Jika ada komen terima kasihla yer!!!!