Monday, August 19, 2013

ceritera raya :: episod 2-Last

syukur ke hadrat Allah S.W.T.Syawal 1434 Hijrah berlangsung dengan jayanya walaupun dalam persiapan yang ala kadar tetapi tetap meriah.Sehari sebelum sambutan hari raya,saya dan keluarga telah sampai ke kampung halaman,bermakna ada sehari lagi peluang berbuka puasa bersama ahli keluarga yang lain.....



Biasalah persiapan bermula tengahari sebelum raya esoknya,terkenang time dulu,tunggu dulu perutusan di tv barula berani nak masak,takut-takut esoknya x beraya pula...di kampung saya di Perlis,menu utama masa raya ketupat,kari daging.Tetapi tahun ni kami buat bihun sup sebagai menu tambahan.

Pagi raya selepas bersiap-siap kami terus ke masjid dekat je dengan rumah saya.Sebelumtu sunat kita bersarapan dulu.On the way ke masjid,suami sempat lagi bercerita sunat nya pegi ke masjid ikut jalan lain dan balik jalan lain.Ok follow saja benda elok kan,janji semuanya berjalan lancar.

Raya kedua selepas menziarah rumah ahli keluarga sebelah saya,kami kemudian terus ke Kedah,kampung suami.

Raya ke-4 balik ke Perlis semula,sebab nak menghadiri majlis kenduri akikah anak kawan di Jitra.Balik dari kenduri terus ke Kuala Perlis...ermm dah lama x p sana,pekena laksa kola...Syifa suka..saya pun suka.Sempat juga ke kedai bebas cukai Emas Kerajang di Padang Besar Utara.





Selepas 2 hari di Perlis,kami bergerak bertolak ke Penang,saya bekerja Rabu dan Khamia,suami masih bercuti,elok juga jaga anak-anak di rumah sebab nursery masih belum beroperasi.

Hari Jumaatnya pula raya ke -9 kami pulang semula ke Perlis,sbb memenuhi undangan kawin kawan masa sama-sama belajar di UiTM dulu..Hari Sabtu kami sekeluarga balik semula ke Penang.Elok juga x balik hari Ahad,untuk elak kesesakkan jalan raya dan bleh buat persiapan sebelum mula bekerja dan sekolah selepas bercuti panjang....



No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...