Monday, June 1, 2020

Covid19 part~syawal disyukuri~

Seminggu berlalu sambutan syawal..walaupun berbeza sambutan nya untuk tahun ini...tetapi ujian untuk kita semua memberi nikmat tak terhitung banyaknya.Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.0-0
Walaupun berbeza sambutan,syawal tetap dirai mengikut cara dan norma baru.Tetapi agak sukar mengelak bagi acara bersalaman,bagi keluarga terdekat saya rasa ok lah lagi,ini jika melibatkan rakan taulan,kalau kita menolak apa pula pandangan mereka,sesekali terlintas juga di benak fikiran,depa ni tak dapat maklumat sop PKPB atau macam mana.Semoga semuanya dilindungi la kami-kami ni semua...😁
Alhamdulillah,nampaknya bacaan kes bagi Malaysia sudah semakin menurun walaupun kurang konsisten.Banyak kes hanya melibatkan bukan warganegara Malaysia.Tapi itu bukan alasan kita nak yak yak yey sangat lah.Macam jauh lagi perjalanan covid 19 tapi tak salah jika kita terus mengharap dan berdoa ianya akan berakhir juga suatu masa nanti.🤲
Masa ni lah,masa yang sesuai untuk menghantar PATI pulang ke negara mereka.Sudah lama kita menyimpan mereka walaupun pemimpin dan rakyat tahu kewujudan mereka di sini.Siap menambah-nambah lagi kemasukkan mereka,macam kita pula galakkan mereka disini.Sudah-sudahlah..rindu sangat nak tengok Malaysia macam era 80an dan 90an..segar je....
Dalam keadaan agak getir semacam sekarang jangan lah pihak kerajaan sibuk pula dengan virus politiknya..🙄walaupun penting tapi macam kurang sesuai buat masa sekarang.
Kelmarin juga genap saya dan suami menyambut usia perkahwinan yang ke 12 tahun,tiada apa-apa sambutan pun,cuma kami titipkan doa agar dipanjangkan usia dan jodoh dan terus diberkati dalam ikatan perkahwinan dan dilimpahkan rezeki buat kami selamanya.Alhamdulillah fasa 12 tahun pertama telah dilalui.Orang kata fasa pertama tu agak sukar,tapi dalam perkahwinan bila ada gaduh-gaduh dan perselisihan faham itula yang sebenarnya melengkapkan hubungan kita .Ntahla tak berani juga nak komen..hahah..12 tahun tu semacam masih baru dan awal dalam sesebuah ikatan perkahwinan.Setiap hari pun,hari yang baru dalam hubungan kekeluargaan,masalah anak-anak juga berbeza,mengikut usia mereka,menggurus diri sendiri dan pasangan,semoga Allah memudahkan urusan keluarga ..menampakkan jalan keluar jika ada sebarang masalah atau ujian.
Semoga baik-baik semuanya kami sekeluarga dan anda di luar sana.Perancangan hendak menjalani ibadah umrah bersama keluarga dalam 5 tahun lagi atau dapat mengerjakan ibadah haji..siapa tahu kan..rezeki.Banyak lagi juga perancangan- perancangan kita,biasalah kehidupan mestilah dirancang..semoga dipermudahkan buat kita semua.. in sya allah..harapnya masa tu keadaan telah tenang dan semestinya lebih baik pada ketika itu.itu saja buat kali ini💖.
#SYUKURSELALU
#syawaldisyukuri
#bahagiaselamanya
#nor

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...