Wednesday, June 10, 2020

Covid 19~last~kita terbang bebas bersayap SOP

10.06.2020.tarikh keramat.alhamdulillah setelah hampir 3 bulan,bermula tarikh 18 Mac 2020 perintah kawalan pergerakan diperkenalkan di negara kita,berakhir harini.Tahniah dan syabas juga buat kepimpinan Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin a.k.a 'abah' untuk 100 hari dibawah pemerintahannya dan seluruh warga kerja yang bertungkus lumus,memikirkan idea ,mencari jalan penyelesaian dan sebagainya.
Pada pendapat saya  tak kisah lah jika kepimpinan pada masa sekarang digelar pintu belakang atau apa,yang penting kita sama-sama kena putuskan rantaian covid 19 ni.
Walaupun ada beberapa orang dalam Malaysia yang tak habis- habis dengan perebutan jawatan PM.Tetapi 'abah' masih lagi enggan menggulas isu politik bila berdepan kamera pada masa tempoh kita bergelut dengan pendemik covid 19,fokusnya hanya memutuskan rantaian dan menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat semestinya yang menjadi agenda utama.
Itu dari sudut polemik politik Malaysia yang ntahla bila zaman nak berakhir.
Harini,bebasla kita nak kesana kesini,perasaan gembira,sedih ,terharu semua bercampur baur.Gembira nya kita dapat berjumpa semula ahli keluarga kita.Baru nak mula semula mood raya la kan,gembira juga petugas barisan hadapan yang sebelum ni terkurung dalam ppe,bertugas tidak kira masa,kalau fikir-fikir balik elaun yang diterima tidakla sebanyak mana.Tetapi doa kita seluruh rakyat Malaysia tidak henti-henti,solat hajat,bacaan yassin pohon segala jasa 'mereka' hanya Allah yang mampu bayar setimpalnya,bukan hanya kepada petugas tetapi jangan lupa juga kepada ahli keluarga mereka yang turut sama berkorban secara tidak langsung.Gembira dan terharu juga kita rakyat Malaysia sentiasa berfikiran positif bilamana berdepan dengan situasi begini.Matangnya rakyat kita adalah kerana,kita sentiasa berlandaskan agama Islam sebagai teras dalam apa jua perkara yang kita lakukan.Rakyat yang beragama lain juga sentiasa mengamalkan prinsip hormat menghormati .Itulah keunikan Malaysia yang tidak mungkin lagi ada di tempat lain.
Langkah berani pihak kepimpinan kita memperkenalkan PKP pada awalnya yang dikatakan langkah tidak popular,walau bagaimanapun tetap disambut baik oleh kita,kita #kekaltenang,terus positif,terus mengikut langkah-langkah keselematan yang diperkenalkan.Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta bukan?so kita semua macam dah sepakat terus jatuh cinta dengan pkp,terus cepat menyesuaikan diri walaupun ada juga segelintir yang cuba-cuba melanggar arahan.Semuanya akan menjadi sejarah yang kekal abadi dalam diri setiap kita.
Allah sayang kita sangat indah bila mana dikenang.
Betul rakyat Malaysia mampu mengubahnya.Pengorbanan yang kita tempuh sangat berbeza,rakyat kita bangkit dengan cara berbeza,berbangga kerena kita tidak pernah sibuk untuk menegakkan hak-hak asasi manusia seperti negara luar.
Selepas ini masjid-masjid kembali dibuka,jika sebelum ini ada segelintir yang mempertikai pihak kerajaan berkaitan penutupan masjid,inilah masanya anda memenuhkan ruangan masjid dengan solat berjemaah.
Sekali lagi terima kasih kepada semua yang perlu bertugas sepanjang tempoh ini dan terima kasih juga rakyat Malaysia yang sentiasa berfikir secara waras dan matang..tahniah.
Syawal& Raya kali ini amat berbeza tetapi lebih bermakna pengertiannya....
Selamat hari raya...maaf zahir batin💖

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...