Wednesday, May 13, 2020

Covid 19 part 4~tiada~berbeza~

Malam ni ..bermula la malam pecutan di saat garisan penamat Ramadhan.Cepat ja masa berlalu,tidak terasa Ramadhan sepanjang pkp & pkpb.
Seperti yang sedia maklum,sambutan Hari Raya dalam sejarah kehidupan manusia,semuanya dalam norma baru.Bagi saya terpenting Tidak dapat pulang ke kampung halaman melawat kedua ibu bapa yang telah uzur,ahli keluarga dan pelbagai lagi yang bukan menjadi kebiasaan kita.
Tiada pembelian baju raya ,persiapan raya yang lain juga ala kadar sahaja.Tiada kesesakan di pasaraya.
Tiada pertengkaran nak balik kampung siapa dulu semestinya juga sudah tiada.Tiada suasana beramai-ramai ke bank untuk tukar duit raya,nak yang baru,ikut number siri dan ada bau duit.
Tiada majlis berbuka puasa di hotel,tiada pembelian di bazar ramadhan,yang pada suatu ketika dulu kalau boleh semua kita nak beli,macam sekali bazar ramadhan tu kita nak angkut bawa balik rumah.
Tiada pergaduhan nak solat terawih berapa rakaat 8 atau 20 sebab satu keluarga setuju 8 sahaja.Tiada juga jalan-jalan di pagi hari untuk ke masjid untuk menunaikan solat sunat Hari Raya dan terus ziarah jiran-jiran selepas solat hari raya.
Tiada juga rumah terbuka,pejabat terbuka.
Tiada juga lagi mulut kita komen pasal tata hias rumah orang,makanan ,dan pasal tetamu kita,tanya bila nak kawen,bila nak ada anak,bila nak tambah anak,kenapa kurus,kenapa gemuk..tiada pada kali ini.
Tiada juga salam bersalaman,berlaga pipi,dan berpelukan dengan tetamu walaupun dari kalangan ahli keluarga.
Tiada lagi jem yang berjam-jam lamanya di jalan raya,tiada juga berhenti sana sini di sepanjang perjalanan walaupun pkp ini berakhir.
Semestinya banyak lagi yang tiada..dan mungkin bila lama-lama kita biasa dengan perkara yang tiada tadi.
...tetapi percaya dan yakinlah Allah memberi kita melebihi lagi dari apa yang TIADA tadi...terus tingkatkan amalan kita..mengikut kemampuan..bagi yang uzur beberapa perkara lain yang boleh digantikan dengan solat dan membaca Al Quran..bukan alasan..boleh baca tafsir,selawat,zikir,terus bersedekah,berdoa,bangun menyediakan sahur untuk ahli keluarga dan macam-macam lagi yang boleh dilakukan.
Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua,Allah mengangkat semula tentera-tentera virus yang dihantar ke muka bumi ini.Selamatkan Malaysia,pekerja barisan hadapan,pesakit dan keluarga pesakit dan keseluruhannya umat Islam di dunia ini.Semoga kita dimatikan dalam khusnol Khatimah...Aminnnnn

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...