Syukur kita dipertemukan lagi dengan bulan yang mulia bulan yang dinanti-dinanti,walaupun kita menjalani ibadah puasa dalam tempoh pkp diharapkan semangat dan syukur kita semakin bertambah dan banyak hikmah daripadaNya.
Hasil dari apa yang kita alami sekarang,saya merasakan rakyat kita ringan tulang membantu,saya rasa itu tiada pada masyarakat yang lain..Selain itu juga..syukur sangat-sangat kerajaan yang hadir pada masa yang sangat sesuai..Allah sayang kita semua..dari Perdana Menteri dan menteri-menteri lain sangat memainkan peranan masing-masing..Doa sering disiarkan di television,saya tak dapat bayangkan jika bagaimana situasi sekarang tetapi pemerintah dulu yang masih mentadbir.Mulanya dalam entri saya sebelum ini,Harapannya Punah..rupanya tidak,Allah beri pelangi yang indah buat kita semua.memang saya suka ulang perkara ini sebab pemerintah Islam yang mrngikut garis panduan Islam akan memacu Malaysia ke arah yang diredhai.
Terima kasih kepada semua barisan hadapan KKM dan agensi keselamatan lain yang bertungkus lumus di bulan puasa ni pulak kan,dengan cuaca tidak menentu,sekejap panas sekejap hujan dan ribut petir.Tatapi yakinlan itulah yang terbaik buat kita.
Alhamdulillah,negeri Perlis juga sudah bebas covid 19,harapnya berkekalan sampai bila-bila.Dan buat negeri lain juga biar semuanya bebas covid.
Banyak la lagi jika nak disebutkan,dari masyarakat membantu menyediakan PPE, Ustaz Ebit Lew dan yang lain-lainnya membantu golongan susah.
selamat berpuasa,selamat memasak sendiri sebab dah tak de bazar Ramadhan..kurang la komplen kita pasal makanan sebab kita yang masak sendiri hahha.Sebab kita ni tak abis-abis komplen walaulun makanan tu makanan free.Boleh juga upload di ruangan Fb masakan yang tak menjadi.hahha
Tiada terawih di masjid,masa ni rindu sangat masa zaman dulu,jalan kaki pergi solat terawih di masjid Kampung Chantik,masa tu seronok,ramai lagi warga kampung,meriah.sekarang ramai yang dah tak ada..Al Fatihah buat semua yang telah dulu pergi.So tahun ni suami masing-masing naik pangkat dari makmum ke Imam.yang mana dah sedia jadi imam..Alhamdulillah.
Lagi apa ya,ye berpuasa tetapi kerja tak macam dulu,macam saya ada hari tertentu ja yang bekerja.so memang banyak masa kita untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih baik,lepas solat subuh boleh terus mengaji lebih sket,kalau sebelumni mesti dah sibuk bersiap dan urus anak-anak kesekolah.Gunalah masa ini sebaiknya.
Sama-samalah kita berdoa agar cepat-cepat Allah ambil semula Covid 19,semuanya dari Allah..in sya allah kita akan menjalani kehidupan kita seperti biasa ..seperti sebelum ini..walaupun beberapa perkara yang menjadi amalan kita perlu kita ubah.Mungkin kah tiada lagi tradisi ziarah menziarahi,salam bersalaman,kenduri kendara yang meriah,solat berjemaah dan pelbagai lagi aktiviti dan tradisi kita selama ini hanya akan menjadi lipatan sejarah buat kita???
No comments:
Post a Comment
Jika ada komen terima kasihla yer!!!!