Friday, April 10, 2020

#covid19 part 2

Sudah minggu ke- 3 kita dalam tempoh pkp..seakan tempoh berpantang bukan..sepanjang berlangsungnya tempoh ini..nampaknya rakyat kita baru mula-mula nak faham apa yang kerajaan kuat kuasakan benda ni,ya ada lagi segelintir yang tak faham atau buat- buat tak faham..itu biasa ada dalam masyarakat kita.🙄Hari ini In Sya Allah PM akan umumkan samaada PKP akan dilanjutkan tempoh atau tidak,tetapi saya yakin ramai dari rakyat Malaysia 🇲🇾 akan memilih untuk terus dilamjutkan PKP.Walaupun semestinya kita berdepan dengan masalah ekonomi dan sebagainya yang semakin meruncing ,tetapi kita rakyat Malaysia yakin semoga semuanya akan kembali kepada sedia kala.Pengumuman pada hari Jumaat moga-moga kita semua mendapat berakah darinya.Amin.💖
Jika kita bercakap pasal takut,semestinya mereka yang berada di barisan hadapan lebih kuasa dua atau tiga takutnya..mereka sangat berisiko,ditambah lagi apabila pesakit tidak membuat pengakuan benar tentang latar belakang sejarah perjalanan atau kontak rapat mereka sebelum ini dengan pesakit covid.
Saya mengaku sebelum ini saya juga tidak mengetahui prosedur bila balik dari luar negara jika ada gejala mesti terus ke Bahagian Kecemasan.Sedikit pengalaman semasa baru pulang dari Umrah  penghujung tahun 2019.
Dari Makkah lagi sudah tidak sedap badan ..tapi masih berusaha gagah kuat diri..nak lihat momen-momen last sebelum meninggalkan bumi anbiya..Yalakan bila lagi ntahla dapat jemputan untuk ke sana.Dari Airport Jedaah terus ke Turki..transit lebih kurang 5 jam di Turkey..saya mula rasa letih ..nak tidur..demam ada tapi tak la panas sangat..Ok dekat Turkey Airport memang dh lembik..tapi minum juga air  cokelat supaya ada tenaga untuk mengharungi lagi perjalanan berbelas jam lamanya dalam flight.Dalam Flight dari Turkey ke Kuala Lumpur memang dah tidur...ada rasa nak muntah bila bau makanan mula dihidangkan..Sedangkan dalam perjalanan pergi saya sangat suka dengan hidangan  makanan dalam pesawat..Sekali sahaja cabin crew ada kejut untuk makan..selepas menolak ..dia pon tak kejut dah..Semasa pulang saya berasingan seat dengan suami..memang tak best la..sebab penumpang di sebelahnya tak mau tukar tempat walaupun dah terangkan keadaan kesihatan..Ingat lagi lelaki Mat Saleh.
Bermula la perjalanan dari Turkey tidur sajalah dah tak tau malam siang🤣.
Bila sampai di Kuala Lumpur Airport sama juga..sambung lagi tidur...lama juga sebab nak tunggu barang-barang sampai dan sebagainya..dak tak der sembang dengan kawan-kawan ,sbb kebanyakannya di situla last kami jumpa untuk umrah kali ini..bagi yang berada luar Penang...ok sambumg tidur..sampaila menunggu kapal terbang untuk ke Penang..
Dalam flight KUL- PEN  memang tak sedar mana..pendekkan cerita,
Alhamdulillah selamat sampai rumah..cuti berbaki lagi dua hari,kami perlu pulang ke kampung untuk ambil anak-anak di kampung,masa tu pon sama demam..lembik ,tidak mampu bercakap dan tiada langsung berminat untuk bercakap,tiada selera makan,Dua hari dia kampung sama tidur saja...dan ada buat rawatan di klinik swasta.
Pentingnya di sini kena cakap kita dari mana sebelum ni..dan lembik bergini.Ok masih ingat lagi dokter klinik swasta tu kata walaupun saya masih mamun masa tu,antibiotik yang diberi macam untuk geli-geli virus ja😅..
Bila balik semula ke Penang saya masih bekerja seperti biasa..selepas 2 hari keadaan batuk makin kuat dan berpanjangan..so ambik keputusan untuk buat rawatan di Penang GH.Saya tidak tahu prosedur sebenar..saya terus ke klinik pesakit luar dalam jam 8 malam macam tu..bila tau sejarah perjalanan saya..pertugas di situ maklumkan yang kami perlu terus ke wad kecemasan.
Bila sampai di wad kecemasan mereka telah menunggu sebab kedatangan kami ke wad kecemasan telah dimaklumkan awal oleh petugas di wad klinik biasa.
Sampai di sana,saya terus diperiksa dan diletakkan dalam bilik khas.
Semua rawatan termasuk x-ray dijalankan dalam bilik tersebut.Hampir 3 jam juga menunggu keputusan darah dan x-ray..Alhamdulillah saya tiada dijangkiti virus Mers Cov.Sepanjang menunggu keputusan...jururawat menunggu di sebalik cermin sahaja..sehingga la keputusan dapat,baru lah seorang dokter datang maklumkan dan terus bagi MC selama 14 hari.
Kiranya sepanjang bulan 12 saya bercuti..walaupun bercuti di dalam bilik di rumah,tetapi Alhamdulillah semuanya ok..
Bila difikirkan balik ALLAH sayang ,setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya,balik dari umrah langsung tiada mood bercakap,jadi kurang la cerita2 semasa berada di tanah suci.Semuanya menjadi kenangan abadi walaupun banyak gambar-gambar diambil tidak akan pernah sama apa yang dirasai.Moga-moga kami dan kita semua dapat menjejakkan kaki ke Tanah Haram lagi.Rindu sangat-sangat dah ni ..rancangnya kali ni nak bawa anak-anak semua..keluarga doanya begitu..walaupun duit nya pon belum ada lagi. 🤣🤲🕋
#humkobolanaYaRasullullah
#umrahlagi

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...