Sunday, March 22, 2020

#Covid19

Dalam kekalutan kita membendung covid 19,hampir terlupa harini adalah hari Israk Mikraj..Ya Allah bila saya pandang je langit,dalam hati sepintas berdoa kau lenyapkanlah Virus Covid 19 dari  bumi ini.Sedih mendengar dan membaca kisah perjalanan kekasih Mu Ya Allah ke Sidratul Muntaha.Salam Israk Mikraj buat semua,SOLAT TIANG AGAMA.
Hari ni hari ke 5 Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita..bagi saya hari ke 4 baru berpeluang menghabiskan masa di rumah..3 hari sebelumnya saya masih bekerja seperti biasa.Bagi saya yang menjalankan pemantauan harga dan stock bekalan di premis-premis luar saya dapati masyarakat Malaysia susah nak ikut peraturan yang telah ditetapkan,risau sangat berkaitan tak cukup makanan dan membeli stok makanan yang berlebihan.
In sya Allah jika nama nya Malaysia belum pernah lagi kita kekurangan makanan..
Tindakan keluar tanpa tujuan menyusahkan banyak pihak,kerana tujuan sekatan adalah untuk menyekat jaringan virus dari terus merebak,tapi ntahla nak kata tak cerdik rasanya mereka juga sudah sedia maklum,tapi saja buat 'ketegaq' bak kata kami orang dari utara.
Tak lama kot 2 minggu ja kerajaan minta kita mengawal pergerakan ..duduk senyap2 dalam rumah,seronok apa.Bayangkan apa yang kita dapat nikmati,tak dapat dinikmati oleh petugas-petugas barisan hadapan di KKM,pihak berkuasa seperti polis dan sebagainya..Kita kerajaan suruh duduk rumah kot,diberi cuti dan gaji seperti biasa.Lepasni jangan lah nak marah anak2 sangat kata ketegaq,tak mau dengaq cakap dan sebagainya..Orang dewasa yang punyai akal juga susah mengikut arahan.🙄
Bagi kita orang Islam apa yang berlaku sekarang terlalu banyak hikmahnya...Allah sayang kita..mungkin selama ni kita lupa ,terlalu banyak buat dosa dan lalai dalam kehidupan kita.
Pada masa cuti begini kita dapat bersama keluarga,jika sebelumni cuti mesti kita menghabiskan masa dengan bersiar-siar,keluar membeli belah,tetapi berbeza kali ni,walaupun minyak murah,tetaplah berkurung dalam rumah.
Masjid dan surau ditutup juga besar hikmahnya..suami dan anak-anak lelaki mulai berjemaah bersama di rumah,kalau dulu bila baca Matsurat hanya yang bertanda * saja sebab nak cepat nak berkejaran ke tempat kerja dan sebagainya sekarang boleh baca keseluruhannya.Banyak masa untuk solat sunat dan mengaji Al Quran.
Makan malam juga dapat disediakan awal,makan,dan selepas itu boleh buat persediaan untuk solat berjemaah.
Hubungan kekeluargaan juga dapat dirapatkan dalam masa ini.
Banyak sangat nikmat di sebalik peristiwa covid 19 walaupun pada masa yang sama kita takut dengan virus yang Allah ciptakan.Jika di Palestin masyarakat Islam di sana di ancam oleh puak Yahudi,Islam di negara-negara lainnya turut juga ditindas,kita pula diuji dengan virus.Jika sebelumni kita merasakan Malaysia boleh cepat menangani pelbagai masalah dengan cepat dan cekap oleh petugas,tetapi tidak kali ini.Allah nak kita meminta dan merayu lagi padaNya seperti mana pengurangan jumlah waktu solat dari 50 waktu ke 5 waktu..Allah suka kita terus merintih..merayu padaNya.Sesungguhnya Allah tengah menguji kita semuanya😢😭.
Janganlah kita asyik menyalahkan golongan tabligh dalam perkara ini kerana mereka juga tidak meminta eksiden begini.Allah ambik semula orang yang baik-baik di kalangan kita.Mereka la yang menyemarakkan masjid dan surau yang kesunyian selama ini,mengajak dan memujuk masyarakat untuk mendekatkan diri dengan masjid.So Allah nak uji juga kita dengan Jemaah Tabligh.Mungkin bangsa dan agama lain tidak faham dan suka menyalahkan,biarkan mereka.Tetapi tidak pada kita,kerana mereka semua seagama kita,teruskan berdoa semoga mereka sihat semula dan boleh menyambung usaha dakwah mereka.
Dalam ketakutan kita seharian,kita masih ada pilihan untuk berada di rumah,bagaimana perasaan mereka yang terpaksa bekerja dan terang-terang berhadapan pesakit positive Covid.Mesti diri sendiri risau dijangkiti dan ahli keluarga juga turut risau tentang keselamatan ayah,ibu,suami,isteri,anak-anak dan saudara mara yang terlibat secara terus merawat pesakit covid.
Semuanya atas kehendak Allah..sama-sama la kita mendoakan mereka dan keluarga selamat dalam menjalani tugasan..dan doanya jumlah 8 adalah yang terakhir bagi kes kematian covid.
Doa juga dipanjatkan kepada keluarga mangsa kematian,kalau kematian biasa ahli keluarga boleh mengurus ,menatap,dan menghantar hingga ke liang lahad,tetapi tidak bagi kematian kes Covid,kita doakan keluarga mereka sentiasa mendapat perlidungan Allah dan dipermudahkan urusan mereka.
Selain itu kita doakan juga kepada pesakit yang positif covid akan sembuh semula seperti sediakala.
Semoga dengan bantuan ATM rakyat lebih memahami apa yang kerajaan sedang buat sekarang...please..please..please #stayathome #janganketegaq
Kita bimbang dengan perangai kita yang tidak mahu mendengar nasihat dan kata,barisan hadapan KKM terus lumpuh ..ini sangat merisaukan kita..tolongla faham buat kali ini...dan tika ini.
Jika tidak keadaan mungkin lebih buruk lagi akan berlaku pada negara kita😞.
Semoga Malaysia kembali menyinar dengan kepempinan Malaysia yang baru ,In Sya Allah Malaysia mampu laksanakan ..
Allah bantu Kita..Allah jaga Kita.
Banyak-banyak kita berdoa..moga-moga Romadhan kali ini akan lebih memberi erti kepada kita yang banyak lupa dengan pencipta,masjid dan surau kembali gemerlapan seperti bintang-bintang di langit,kerana semuanya sudah rindu...rindu..rindu...
Ampunnilah kami Ya Allah...💖
#stayathome
#prayforKKM
#prafforall

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...