Sunday, March 1, 2020

MALAYSIA....kembali menyinar...



8 hari berlalu tanpa perdana menteri...penuh tanda tanya..bersyukur kepadaMu Ya Allah..hari ini 1 Mac 2020 ..Tan Sri Muhyiddin B Yassin dilantik menjadi Perdana Malaysia ke 8.
Jika sebelum ini,pelbagai spekulasi yang timbul,tanda tanya rakyat Malaysia akhirnya terjawab...Allah mudahkan segalanya.Moga-moga kita semua diberikan kebaikan dengan perlantikan Perdana Menteri yang baru.
Sungguh...pada pelihanraya yang lalu..saya suka dengan kejatuhan Barisan Nasional dengan harapan parti Melayu bangkit semula,saya sudah nyatakan sebelum ini.Dengan beberapa insiden selepas pilihanraya tersebut dengan pemilihan ahli kabinet yang bagi saya tidak dapat menjalankan tugasan dengan baik,terutamanya melibatkan agama Islam dan bangsa melayu sendiri.
Dengan lantikan perdana menteri yang baru...harapnya negara Malaysia kembali menyinar semula,bagi kerajaan parti gabungan yang baru setakat ini,teruskan perjuangan ..letakkan Islam sebagai landasan yang utama..lagi satu jangan lantik bakal-bakal menteri yang bermasalah dan jangan ulangi lagi kesilapan yang lalu.
Tapi kan yang uniknya negara kita..ok pula tanpa Perdana Menteri dan kerajaan..elok je buat urusan dan menjalankan tugasan seperti biasa,semacam tiada apa-apa berlaku dengan kerajaan.Kalau negara lain rasanya dah lama merusuh dan sbgnya...Rakyat kita telah matang,mungkin juga bosan,bila Mantan PM ke7 menyatakan hasrat meletak jawatan dalam fikiran saya berfikir-fikir...reformasi apa pulak kali ini.hahah..rupanya semua ok...
Salah satu hikmah dari kes ni,yang saya suka adalah sifat pemberi kepada para wartawan yang membuat liputan,tak kisahla untuk tujuan promosi atau apa.Bagi saya rakyat Malaysia sangat pemurah.
Terima kasih kepada YDP Agong kita yang memulakan.Jika tidak pasti tiada pihak yang membuka mata membantu para wartawan kita yang tidak kenal erti lelah untuk membuat liputan terkini dari istana negara.Teruskan amalan memberi kepada yang memerlukan.
Akhir kata..#sayangiMalaysia ku..haha..kali ni tulis ayat skema...

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...