Wednesday, May 22, 2019

Nuzul Quran

Alhamdulillah 17 hari berpuasa...pelbagai peristiwa sepanjang bulan Mei...genap 37 tahun pada tanggal 14 Mei..kau panjangkanlah usiaku dengan penuh rahmat..murahkan rezeki dan diberi dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.

17 Ramadhan hari turunnya Al Quran.Jadikanlah kami hamba yang sentiasa memperbanyakkan bacaan dan memahami isi Al Quran.Anak-anak dan zuriatku juga hamba yang fasih membaca al-quran.in sya allah doa kami ada yang menghafal Al Quran di antara kami.Permudahkanla Ya Allah urusan kami.

31 Mei genap 11 tahun usia perkahwinan..kau jadikanlah kami pasangan yang sentiasa diredai di dunia dan akhirat.Sentiasa sabar dalam menjaga amanahMu Ya Allah.Bahagiakan kami ..lapangkan hati kami.

Setahun juga pemerintahan Malaysia Baru,walaupun indah khabar dari rupa...tapi apa yang berlaku ada hikmahnya.semoga kita orang melayu terus bersatu hati untuk menjaga hak-hak dan kepentingan kita sebagai orang melayu Islam di muka bumi ini.

Persediaan raya ala kadar ..tapi telah dibuat lebih awal.

Semoga doa-doa kita semua dalam bulan berkah ini diangkat dan dimakbulkan Allah.

Ya allah kau jadikanlah anak-anak aku anak-anak yang faham agama..anak yang sentiasa rendah diri..menjadi hamba yang sentiasa tawaduk..dan anak-anak yang menghargai kami kedua ibu bapa mereka..Redhola kami Ya allah...❤

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...