Tuesday, August 27, 2019

Oh Bangsa ku Jangan Tidur lagi....🇲🇾

Selama beberapa lama tidak mengemaskini blog ini...beberapa peristiwa berlaku sepanjang tempoh ini.Kemaskini last saya bulan Mei...

Pertamanya Al-Fatihah buat arwah kepada suami kawan sekolah teknik saya dulu Noor Faezah Mansor..Walaupun saya tidak mengenali arwah secara dekat.hanya nampak sekali je masa majlis pekahwinan mereka..tetapi sebagai seorang sahabat saya amat berasa sedih di atas apa yang berlaku semoga kawan saya dan anak-anaknya sentiasa dalam lindunganNya.
Dulu ada juga pernah membaca entri dari blog arwah,dari segi penulisannya saya dapat rasakan yang arwah sangat hebat dari segi buah fikiran dan ulasan-ulasan yang dari luar kotak saya kira.Jawatan yang disandang arwah juga amat bertepatan dengannya.Tetapi dah lama saya tidak membaca hasil tulisan arwah..Kematian mengejut itu juga menyedarkan kita semua..besediakah kita?😔 @pa'e faizah

Keduannya..Alhamdulillah pada hari raya korban tahun ini kami dapat melaksanakan ibadah korban di Penang saja.Tahun ini giliran si bongsu Nor Aboubakar Fud'zail.Memang kami bercadang nak menjalankan korban di tempat kami tinggal..sebelum ini kami ada juga buat di luar negara atau ada sekali tu di kampung saya.Jika diizinkan ibadah korban ni setiap tahun mesti buat,mengikut giliran..

Ketiganya..di ambang kemerdekaan Malaysia yang ke 62 Tahun saya berasa sangat sedih dengan beberapa perkara yang berlaku dalam negara kita.Isu agama dan bangsa...walaupun sudah 62 tahun usia kemerdekaan saya tidak boleh terima alasan bendera terbalik..TIDAK MUNGKIN dan tidak pernah masuk akal atas apa alasan sekalipun.Itu satu..yang lainnya pelbagai...semuanya sangat menyesakkan kita Bangsa Melayu Islam yang SEDAR.
Bangsa Melayu mesti bersatu...Agama Islam tunggak Negara..kita jangan takut bercakap mengenai bangsa dan kaum,kerana bangsa lain sangat takut jika bangsa Melayu terus bersatu padu sebenarnya.Saya tidak berapa terkilan jika bangsa lain membuat onar...memecah belahkan perpaduan yang telah dibina..tetapi sangat sedih jika dalangnya dari bangsa dan agama yang sama.Orang Melayu sendiri sanggup menghianati bangsanya sendiri,demi pangkat yang tak seberapa...sedihnya...


Ke berapa ya...4.
Hal kerja yang saya jarang-jarang ceritakan..tetapi dengan kehadiran 'bos' baru semoga lebih menyemarakkan lagi tugasan seharian..Walaupun ada segelintir yang kurang senang dengan kehadirannya tetapi pada saya..saya lebih suka pandang dari sudut positif sahaja.Biarla dia dengan caranya...Bukan mudah kita nak memuaskan hati semua orang..lain orang lain pandangan serta cara tadbirnya.
Tetapi SATU yang saya ingat dari bos sebelum-sebelumnya ini...dia ingatkan saya satu ayat dalam email REZEKI ITU BUKAN SEKADAR WANG RINGGIT...bila dia kata tu..kata-katanya melekat sungguh..ntahla macam mana mungkin masa tu Allah bukakan hati berlapang dada.Walaupun masa tersebut ramai juga yang menentang.Semoga BOS itu...sentiasa dimurahkan rezeki atas kata-katanya yang buat saya terkesan sungguh.

Akhir kata selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 62.Marilah kita hidup dengan penuh harmoni tanpa mengira kaum dan agama..saling hormat menghormati kerana kitalah penyambung warisan.walaupun ada beberapa hari sahaja lagi..Jom semarakkan dengar lagu-lagu patriotik warisan...Sejahtera Malysia,Anak Kecil Main Api..dan banyak lagi ..Jangan lupa juga kibarkan bendera 🇲🇾.Terima kasih kepada semua pejuang agama,bangsa dan negara.
Al-fatihah buat mereka yang telah tiada pejuang kemerdekaan...

SALAM KEMERDEKAAN ..MALAYSIA NEGARA ISLAM YANG MENGGAMALKAN AJARAN ISLAM SEGALANYA SELAMANYA...❤







No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...