Assalammualaikum..selamat tahun baru walaupun dah lewat sehari...tahun 2018 dilalui dengan pelbagai suka duka sama ada utk diri sendiri dan juga untuk keseluruhan rakyat Malaysia amnya.
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi di pertemukan kita dengan tahun 2019..semoga usia kita semua dipanjangkan dengan penuh keberkatan..dan sentiasa mendapat rahmat dariNya.
Pembuka tahun 2019..anaknda ke 3 Nor 'Abdurrahman Faqih memasuki darjah 1.Kak Yong darjah 4,Abang Fur'qan darjah 3 dan Aboubakar menyambung pengajian di taska sebelumnya.Tak sabar nak sambung entri berkaitan pengajian anak-anak ke peringkat yang lebih tinggi..cewah azam menggunung.๐In sya Allah moga Allah permudahkan.Seorang di Ireland..sorang di Madinah..sorang di Amsterdam dan yang bongsu local University oklah kan๐คฃ.Oklah kan berangan dulu tak kena bayar pon.
Beberapa perkara berkaitan sekolah yang menjadi perubahan dari kebiasaannya iaitu tiada lagi saringan kelas untuk kedarjah satu dan tiada lagi peperiksaan bagi tahap satu.Pendapat saya ada pro dan kontra nya perkara ini.
Agak sukar bagi kita yang setelah sekian lama melalui proses peperiksaan dan tiada buat kali ini.Diharap apa jua yang telah di persetujui oleh semua pihak..teruslah beristiqomah...jangan pula bila tukar pak menteri lain pula hala tujunya..lain pula sistemnya..sentiasa berubah.Saya merasakan perkara ini tidak bagus untuk perkembangan pendidikan anak-anak.Sepatutnya siapa pon yang menjadi menteri pendidikan selepas ini..visi dan misi kita hanya lah satu.
Lagi satu pemerhatian saya berkenaan persekolahan berkaitan guru menunggu di pintu pagar sekolah..'welcome' pelajar.Bagi saya tak perlulah..tugas cikgu mendidik anak-anak sepatutnya cikgu kena bersedia dengan bahan pengajaran sebelum masuk ke kelas..bukannya dok tercegat tepi pagar..untuk sengih-sengih pada murid mengalu-alukan kedatangan murid-murid.Banyak lagi cara lain untuk membahagiakan anak-anak kita,dan cikgu tunggu anak-anak kita di pintu pagar 100% saya tak bersetuju ๐
♀️.Noktah
Kita imbas kembali zaman kita dulu-dulu..cikgu tak buat macam tu..tetapi rasa hormat kepada guru juga lebih..masuk ke kelas cikgu sudah bersedia untuk mencurahkan ilmu.Rasa tenteram ..damai itu rasa sehingga sekarang..Ibu bapa juga tidak terlalu masuk campur urusan sekolah..cuma pesanan awal dari ibu bapa ajar anak-anak tapi jangan sampai patah riuk sudahla๐.Maknanya apa?di sekolah kepercayaan penuh diberikan kepada guru-guru.konsep mudah tapi amat berkesan.Buktinya? Kita yang ada sekarang lah.
Lagi satu berkaitan kasut hitam,pada hemat dan pemerhatian..saya masih ingin mengekalkan identiti kasut putih..biarla kasut tu dan koyak rabak selagi boleh dipakai ..pakai la..tapi yang paling penting kasut tu mestilah selalu dibersihkan dan dikapurkan.Sebenarnya itula motif utamanya bagi anak-anak kita pandai menjaga kebersihan kasut.Tetapi jika itu keputusannya oklah kita ikut sahaja.Mungkin ada perkara yang lebih baik dengan pemakaian kasut hitam bagi pihak pengurusan tertinggi.
Bagi pendidikan awal kanak-kanak pula,bagi usia Aboubakar 4 tahun..saya lebih sukakan konsep belajar sambil bermain dan lebih baik jika banyak aktiviti bermain..sebab dalam usia macam tu kanak-kanak tak boleh fokus benda yang sama dalam masa yg lama.Tapi itu terpulang pada ibu bapa masing-masing..ada juga ibu bapa yang inginkan anak-anak di usia berkenaan sudah mula proses pembelajaran akedemik..jadi terpulang..semua ok asal ikut kemampuan kita dan anak-anak yang pastinya.
Bagi saya didikan untuk anak-anak untuk bagi mereka gembira di sekolah,bahagia di rumah dan berimaginasi semasa berfikir serta kreatif semasa bermain.Itulah dunia mereka.Semoga anak-anak saya semua #nor dan anak-anak yang lain juga di luar sana..semoga memperoleh ilmu yang manafaat..anak2 yang faham agama..hormat orang yang lebih tua...itula pengajaran dan pendidikan utama..selebihnya kita berdoa dan berserah kepadaNya..semoga tahun ini dan tahun-tahun di masa depan terus memberikan sinar bahagia buat kita semua..ok salam shayang buat semua...๐๐คฉ๐
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun,bila-bila masa saja akan pecah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ulangtahun ke18
Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...
-
Assalammualaikum semua....berbaki beberapa hari lagi bagi tahun 2025...salah satu tahun yang beratnya kepada kesedihan, penyesalan, banyak ...
-
Assalammualaikum...akhir-akhir tahun 2025 percutian yang tidakla dirancang sangat tapi Alhamdulilah ,Allah mudahkan segalanya.Sebab sisa c...
-
Assalammualaikum tanggal 21 Januari 2026 10 malam...tidak pernah sangka itula detik akhir pertemuan kami di dunia ini.. Selama hampir 6445 ...
No comments:
Post a Comment
Jika ada komen terima kasihla yer!!!!