Geram baca tentang isu ICERD & Perlembagaan ..saya kira itu isu yang paling besar dan paling sensetif.senang cerita,pantang nenek moyang lah,dan isu-isu yang kecilnya sangatlah bersepah kalau nak dibincangkan😡.
Terus terang saya katakan saya menyokong pihak kerajaan sekarang dalam pilihanraya dulu dengan harapan UMNO bangkit semula setelah kegagalan..buang semua insan-insan yang jadi liabiliti dalam parti.Tapi lain pulak jadinya😢.Ini pon satu hal la juga.Bohonglah jika kata tak sayang parti keramat UMNO yang sekian lama berjuang...semangat nya oiii bukan main..tapi itu cerita lama.Ok tolak tepi dulu.
Ok sambung yang isu utamanya..apa lagi yang kaum lain nak ..cantik dah apa yang ada di Malaysia sekarang.Setelah sekian lama hidup harmoni.hormat menghormati,ada pulak segelintir puak nak itu dan ini..melebih-lebih kan nampaknya.
Punyalah susah payah nenek moyang kita merangka perlembagaan yang hebat.Itulah yang kita akur dan jadi pegangan kita yang hidup dalam masyarakat majmuk menemani kita sepanjang perjalanan semenjak kemerdekaan.Ternyata 'mereka'-mereka' semakin berani.Salah siapa???mungkin bangsa kita juga terlibat sama..bila wang ringgit tak seberapa menjadi habuan untuk membuat angkara.
Semangat saya tidak seperti mulanya setelah kemenangan pilihanraya tempoh hari.Ingatkan Malaysia barunya lebih mewarna..tapi indah khabar dari rupa.Sekarang sudah longlai kadang rasa macam sikit demi sedikit kita jauh dari agenda asalnya.Lebih sedih lagi berita harini anggota bomba yang terlibat dalam rusuhan di Kuil Seafield.Bila tiada lagi dah rasa hormat-menghormati..menggila ikut rasa.
Selepas ni apa pula la yang akan jadi.Kalau selepas 60 tahun pon rakyat berani bertukar arah...ini kan pula dalam tempoh 5 tahun..memang mudah-mudah.Tapi dalam pengamatan saya tiada lagi yang selayaknya buat masa sekarang.semuanya goyah..dan bila-bila masa rasanya seperti mau musnah💔
No comments:
Post a Comment
Jika ada komen terima kasihla yer!!!!