Monday, January 1, 2018

'Ahlan wasahlan 2018

Assalammualaikum& happy new year....tahun 2017 dilalui dengan pelbagai rasa.alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia untuk memasuki  tahun 2018šŸŽ†
Pelbagai azam semestinya ada bagi setiap diri kita...biasalah pastinya yang terbaik dan mendapat keredhaan Allah itu yang paling penting.Seiring dengan peningkatan usia amal ibadah perlu dipertingkatkan..tua dah oii dan 36 tahun 14 Mei nih.Semoga terus diberi ketabahan& kesabaran dalam mendidik anak-anak yang semakin macam-macam perangainya...maklumlah semakin membesar anak-anak sikap dan perilaku mereka memang sangat menguji kesabaran.Kita semua diberi kesihatan yang baik-baik.Yang mana ada masalah dan kesulitan mohon dipermudahkan dan dilapangkan masalahnya.
Beberapa perkara juga telah dirancang dan diatur bagi tahun 2018..semoga semuanya dipermudahkan segalanya.Perancangan meliputi pendidikan dan aktiviti sampingan anak-anak.Selain anak-anak bonda&abah juga ada perancangan yang biasa lah dilakukan setiap tahun.terutama dari segi peningkatan sahsiah& emosi anak2.Kita hanya mampu merancang,semestinya perancangan Dia lebih baik..sama-sama la kita doa k.
Memandangkan tahun ni in sya allah 31 Mei ni genap usia perkahwinan bonda& abah 10 tahun..doanya semoga perkahwinan bahagia hingga akhirnya.Percutian keluarga seperti biasanya in sya allah ada..tapi belum lagi keputusan nya di mana..cuma list beberapa tempat telah ada.Semestinya percutian yang bersesuaian dengan usia anak-anak.
Banyak kalau nak list kan segalanya.Semoga apa sahaja perkara baik yang dilakukan dengan niat beribadah kepada Allah.Tetapkan iman di hati.Allahuakbar..akhir kata jumpa lagi di entri yang seterusnya....✌

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...