Wednesday, May 9, 2018

PRU 2018

Ok tamat sudah tempoh berkempen...bagaimana kalian semua setelah pihak BN pon saat-saat akhir nak bagi pelbagai,nampak agak terdesak dan situasi menekan untuk pelbagai tindakan segera... mungkin ada yang telah berkira-kira untuk ubah fikiran dengan promosi yang diberikan.Pihak Pakatan juga menjanjikan beberapa perkara yang saya kira enak..releven, walaupun prinsip mereka kadang kala agak lemah dan kurang konsisten .Tetapi why not kan kita cuba?

Pada pandangan peribadi, dari dulu saya adalah penyokong pihak kerajaan,tapi itulah faktor calon sekarang adalah lebih penting dari parti.Kalau sebelum ni tak perform mcm ralat juga nak pilih lagi.Mengapa kita perlu pertaruhkan masa depan,jika dah tau 'result' nya bagaimana.

Benar BN sememangnya parti yang lebih tersusun dan kita lebih yakin dengan pemerintahan nya.Tapi trend macam kita dah boleh agak, ulur dan janji macam2 sebelum menang,lepas menang mcm dah boleh agak juga pelbagai kenaikan harga barangan akan berlaku.Itu ini akan dikenakan cukai.Pelbagai perkara pelik-pelik dan merepek lagi akan terus berlaku di bumi Malaysia.Mengapa kita terus biarkan walaupun kita sudah tahu hakikatnya.

Sayang memang sayang dengan parti yang sudah sejiwa,tetapi bila dah lama sesebuah parti politik memerintah korup dan tidak telus macam sudah menjadi perkara biasa.Kita tak mau amalan yang tidak baik..terus diamalkan dan dianggap biasa dan tidak apa bagi generasi akan datang.Sedangkan agama kita tidak pernah mengajar begitu.Jadi bagaimana orang non muslim nak menghormati kita..jika kita sendiri tidak mengamalkan sikap baik .

Hakikatnya jika kita mencari kesempurnaan dalam sesebuah parti politik..sememangnya sampai bila-bila kita tidak akan jumpa.Tapi seharusnya kita perlu mencuba yang terbaik dan terus berusaha.Bukannya hanya menjadi pak turut.Kita pon letih juga jika setiap 5 tahun sekali mesti sentimen perkauman menjadi isu.Momokkan dengan isu bangsa..bangsa..bangsa.Sudahla kita dah lama merdeka..sepatutnya kita terus memikirkan bagaimana membangunkan Malaysia mengikut acuan kita yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama.

Rakyat juga semakin bijak menilai..tak pelah siapa saja yang berjaya menang esok, asalkan silaturrahim terus erat dan tidak berpecah sesama kita & Malaysia terus aman..kita tetap teruskan mencari rezeki macam biasa.Sudah-sudahlah berbicara hal politik..letih..penat..jika selalu berbicara tentangnya.

Esok pilihlah calon yang boleh buat kerja dan bukan calon yang 5 tahun sekali baru tunjuk muka.Masa perlukan undi kita boleh pula turun padang memerhati bertanya itu ini,tapi setelah menang tiada lagi khabar..jauh sekali nak menjengah sepertimana menagih undi.Tetapi tak dinafikan ada calon yang bekerja bersungguh-sunguh,tunaikan tanggungjawab sepenuh jiwa raga.Tahniah pada pemimpin begini.Teruskan usaha anda.

Jika boleh biarlah kita dapat pemimpin yang bekerja dengan penuh amanah dan bukan pemimpin yang penuh dengan tamak haloba demi kepentingan diri sendiri.Ini hanyalah sedikit pandangan peribadi saya.Jom budayakan politik matang dan sejahtera!!💞🇲🇾

Ok esok selamat mengundi...semoga usaha kita diberkati dan mendapat rahmat dariNya....


#pru2018

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...