Tujuan kami nak join majlis berkhatan beramai-ramai ni...cumanya nak rasa kemeriahan mandi ramai-ramai pancuran dari air pili bomba😄.bila tanya pasal bayaran rupanya percuma..ooo cup..lagi satu kaedah berkhatan kalini secara tradisional dan menggunakan khidmat tok mudim.Siap batang pisang dan segala peralatan.rezeki sungguh.Mulanya kami dah set dengan Fur'qan kata kaedah laser akan digunakan.Itulah tak cari info dari awal.main serbu aje..Tapi kaedah tradisional pon lagi ok kan...agak susah nak dapat sekarang.
Lebih kurang 50 orang peserta...dan Fur'qan adalah yang kedua terakhir...
Dari budak pertama sampai last semuanya menangis bila dikhatakan..menjerit-jerit..Ya Allah ..kita yang dengar pon seriau la kan..syukur semuanya berjalan lancar.
Kalau nak ikutkan ..bonda bukanlah orang yang berani dalam bab-bab ni.Tapi dah dengan ank sendiri..terpasa jugalah😁
Penjagaan selepas berkhatan pon tidak lah susah mana..dari taklimat yang di sampaikan tok mudim..hanya telur dan seafood je pantang makan..yang lain ayam,daging semua boleh makan.So tak der la kita hidangkan depa menu yang sama je setiap hari kan.Ubat-ubatan juga dibekalkan seperti antibiotik,ubat bengkak dan tahan sakit.Tapi ubat tahan sakit tu kalau boleh tahan tak payah la makan.Kalau hari pertama dan ke dua selepas berkhatan tu biasalah depa agak takut bila nak buang air kecil dan air besar.
Selepas 3 hari Fur'qan dah ok...boleh pakai seluar dan mandi macam biasa..Ok lah kan...doa bonda semoga anak-anak lelaki bonda akan menjadi lelaki baik dan bertanggungjawab..Begitu juga dengan anak- anak lain di luar sana...biarla mereka menjadi seorang pemimpin yang baik terutama buat keluarga sendiri dahulu...kalau boleh menjadi pemimpin masyarakat ..alhamdulillah lagi lagi baik la kan.
So percutian di bulan Disember terpaksa ditunda...semperna meraikan Fur'qan👦
In sya allah bulan March kita holiday lagi..cuma tempat nya tu masih berkira2.Thailand,atau 2 island yang masih dalam kajian...kita hanya merancang..semoga dipermudahkan segalanya.Tahun ni hanya bersisa beberapa hari je lagi.cepatkan masa....semoga kita semua akan terus dilindungi dan diberkati oleh Allah.ok nanti sambung lagi..dah jam 4.20 pagi..malam ni tidur di kampung tak boleh tidur sangat sebab lately banyak sgt kes pecah rumah kawasan sini.so sambil-sambil menggawal terisi la juga dengan hasilan entri ini.🤗
No comments:
Post a Comment
Jika ada komen terima kasihla yer!!!!