Waduh waduh....alhamdulillah kami baru aja balik dari bercuti di Medan...seronok bangettt dari 14-19 October 2017.5 hari 4 malam.Selepas bercuti ke Kuching yang 3 malam saja dan tidak puas semenjak itu percutian kami mestilah 4 malam dan ke atas..kikiki.
Tiket dibeli semasa promosi...seperti kebiasaannya bukan tempat yang menjadi pilihan tetapi yang mana satu destinasi yang menjanjikan harga tiket yang paling minimum😁.
So ..kira punya kira...Medan lah destinasi nya...okla juga..lagi pon dalam entri saya yang terdahulu memang ada mengatakan teringin untuk ke Medan...so beberapa tempat yang menarik di Medan kiranya udah kami sampei. Pastinya kami memerlukan supir untuk membantu kami menguruskan percutian kami ..supir yang kami dapat pon ok. "Panggil aja pakcik NANO"...katanya..sampai la anak2 saya ingat nama pakcik nano nih..terkesan sungguh😃.
Tapi antara satu tempat ke satu tempat memang agak jauh dan mnggambil masa agak panjang.Jalan yang bergunung ganang dan curam betul.Oooo pemandu di sana amat berbeza dengan kita...jauh berbeza..kalau nak tau kena harungi sendiri😁kalau hon tu..kalau boleh sepanjang jalan depa nak hon aje.Sabar ajelahhh.
Malam mula kami sampai ke Medan kami terus ke Brastagi ..kawasan yang masih banyak gunung berapi yang masih aktif.kawasan tersebut sangat sejuk macam Cameron Highlands la kiranya.Kawasan yang penuh dengan tanaman buah-buahan.Malamtu ada dua letusan gunung berapi yang tak berapa kuat la.Hotel tu agak best la juga bilik pon besar dan berdepan kolam renang.Tapi cuaca sejuk macam tu agak2 la nak mandi kolam.Esok nya selepas bersarapan di hotel,kami terus bergerak ke Pekan Brastagi..kiri kanan dipenuhi dengan pelbagai tanaman buah limau,kubis, dan lain-lain.Kat sana buah limau dikenali sebagai buah jeruk.Selepas itu kami terus ke air terjun Sipiso-piso Karo,air terjun yang tertinggi di Indonesia.kiranya tempat ni memang wajib dikunjungi jika kita ke sana.Cuaca kat sini masih sama macam di Brastagi masih sejuk sebab berada di gunung ganang.
Selepas Sipiso-piso...kami terus ke Simajarunjung Indah tempat nak bergambar -gambar.Dari Perapat ambik cruise ke Samosir ..45 minit masa diambil untuk sampai ke Samosir.best la situ..dapat menikmati pemandangan lake Toba...sampai di sana jalan seharian..petangnya balik Perapat semula.hasil dari pengalaman kami baik membeli belah di Samosir atau Perabat saja..sebab harganya jauh lebih murah.
Hari ke 3 nya kami bertolak pula ke Tarutung..kat sana ada air kolam soda yang ada dua tempat je kat dunia ni...di Venezuela dan satu lagi di sini Tarutung.
Hari berikutnya kami ke Siantar..Tea garden..kat sini macam Cameron Highlands sebab kiri kanannya penuh dengan tanaman teh.Cuaca sejukkkk.
Seterusnya kami terus ke Bandar Medan..dalam perjalanan kami ke Medan..berlaku sedikit kemalangan kecil..alhamdulillah kami semua selamat.
Bagi pandangan peribadi saya biasa2 saja bandarnya..tak macam lawatan hari-hari sebelumnya..tapi okla kita dapat tengok perbezaan budaya dan pelbagai lagi di Bandar Medan.Di sini kami melawat Istana Maimon,masjid raya dan Pasar Ikan untuk membeli belah.Di pasar ikan di banyak menjual tudung- tudung,kain pasang dan macam2 lagi la..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar percutian kami ..seronok yer bila dapat bercuti..tengok- tengok tempat orang...oooo lagi satu makanan kat sana wallahh memang sedappppp sgt👍 kena dengan selera kami anak beranak.
Kiranya apa yang dicatatkan di sini serba sedikit sahaj apa yang kami lalui di sana..sbb bila tengok dengan mata sendiri..simpan di dalam hati tak dapat nak diceritakan melalui penulisan..terlalu banyak memori...kenangan indah yang best kat sana.Gambar-gambar indah semasa bercuti banyak...tapi sesetengah je akan dicuci..yang lain disimpan dlm soft copy je..
Jika ada rezeki di masa akan datang boleh melawat di kawasan lain pula..Bila bercuti di tempat orang betapa beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia..bersyukur tak terkira.Betulla tu..jauh berjalan luas pemandangan ..buka mata hati kita.
Apa2 pon hujan emas di negeri orang ..hujan batu di negeri sendiri..mestilah...jauh lebih baik di negeri sendiri.
Yuk...kemana pulak kita bercuti lepas ni 😂
In sya allah ke Hatyai atau daerah-daerah lain di Thailand atau ke Indonesia lagi kita...yukkkkk...
#umrah &haji
#sumut
#visitindonesia2017
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun,bila-bila masa saja akan pecah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ulangtahun ke18
Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...
-
Assalammualaikum semua....berbaki beberapa hari lagi bagi tahun 2025...salah satu tahun yang beratnya kepada kesedihan, penyesalan, banyak ...
-
Assalammualaikum...akhir-akhir tahun 2025 percutian yang tidakla dirancang sangat tapi Alhamdulilah ,Allah mudahkan segalanya.Sebab sisa c...
-
Assalammualaikum tanggal 21 Januari 2026 10 malam...tidak pernah sangka itula detik akhir pertemuan kami di dunia ini.. Selama hampir 6445 ...



No comments:
Post a Comment
Jika ada komen terima kasihla yer!!!!