Thursday, August 3, 2017

Helloooooooo

Weeehooooo...assalammualaikum & salam sejahtera semua..waduh-waduh lama sudah bonda menghilang dari dunia blogger..walaupon sebelum ni bukan la aktif pon berblog😉.Password pon lupa setelah handphone bertukar ganti.

Hampir 2 tahun tidak menulis,kalau nak ikutkan banyak kenangan pahit manis selama tempoh tersebut..semuanya tersimpan rapi di dalam hati.Lepas ni jika ada masa terluang bolehla menulis semula...kadang kala rindu juga untuk mencoret lakaran kehidupan walaupun penulisan tidak lah seberapa.
Sebenarnya bagus bila kita sering menulis,jika dulu kita ada diari untuk menulis cerita hati tapi pada masa sekarang media sosial dijadikan pengganti.Jika dulu kita menulis untuk simpanan peribadi tetapi sekarang lebih terbuka untuk bacaan dan tatapan umum.Jadi kehidupan peribadi sekarang bukan lagi rahsia...kebahagian,kekayaan,kejayaan sehinggakan kedukaan dan kesukaran dalam hidup semua nak dikongsi.Pendapat saya pula,saya suka jika orang berkongsi apa sahaja.tulislah,upload la gambar apa saja..segala kekayaan dan kebahagian mereka yang melimpah ruah..saya bersyukur at least mereka berjaya dan berbahagia.Tak payah dah berminta-minta dari kita😆.Walaupon kita tak sekaya dan semewah dia.Tak salah kita bersangka baik bukan?.Jauhi  DENGKI barulah masyarakat melayu akan lagi ramai kaya raya dan berjaya.
Jika ada orang berkongsi kisah duka..kita berdoa bagi dipermudahkan urusan mereka.Bantu apa sahaja yang boleh dan terdaya.Tapi sesetengah orang mungkin mengaggap seperti orang tu menunjuk-nunjuk..biarla..itu niat hati antara dia dan Allah.
Yang pastinya kita dapat melihat perkembangan rakan-rakan yang semakin sukar untuk kita berjumpa face to face.Artis dan selebriti yang kita minati walaupon tak pernah berjumpa😅.Itu bonda obses nau ngan artis dan celebrities.😉

Tapi kadang- kala saya semakin takut dengan masyarakat sekarang(termasuk diri sendiri)...aduhhh terlalu cepat menghukum...sesungguhnya kita berada di zaman fitnah..jadi sebolehnya berhati- hati bila di alam maya macam mudah saja kita mendapat dosa jika terlalu melulu.Dari pemerhatian saya dapat rasakan,masyarakat kita sekarang nampaknya semacam bermasalah.Mungkin dengki, terlalu emosi,terlalu ambik berat ,terlalu nak dapatkan perhatian & macam-macam lagi yang saya kira kita ni terlalu details.Kadangkala bonda macam tu juga 😝.Bonda ni okla bukan public figure tulis aja apa yang rasa nak tulis..😁
Ok kot no permulaan setelah lama menyepi...walaupun bonda tiada pengikut yang ramai itu tidak mengapa.bukan menulis untuk meminta mencari perhatian..oooo tidak sama sekali.sekurangnya ada coretan untuk bacaan diri sendiri...kenangan untuk sendiri kerana sesungguhnya alhamdulillah kecukupan kasih sayang dari insan sekeliling telah membuat diri ini cukup berbahagia...Akhir kata jom kita redho dan bersyukur nikmat Allah...In Sya Allah hati tenang senantiasa.....🤗





No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...