Wednesday, December 2, 2015

Jom kita ke Pantai Timur

Hampir setahun kami tiada percutian keluarga,kali ni percutian yang dirancang ala kadar Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Faktor pemilihan ke arah Pantai Timur sebagai lokasi percutian pada tahun ini adalah kerana suami tidak pernah lagi sampai ke Negeri Terengganu. Saya pula pertama kali pergi semasa di tingkatan 4 pergi bersama-sama keluarga kakak. Ini adalah kali kedua menjejakkan kaki semula ke negeri penyu bertelur nih.Terus ingat lagu Salem kan.hehehe


Tiga malam kami di negeri Terengganu, perjalanan dari Pulau Pinang menggambil masa hampir 9 jam berjalan lancar.Malam pertama kami sampai check in di Hotelhttp://www.citipointhotel.com/v2/ .
Pemilihan hotel dan tempat lawatan selalunya suami yang uruskan.Ok juga hotel ni,lokasi yang menarik dan berdekatan dengan pusat bandar.Jangan lupa pilih bilik yang bertingkap bolehla tengok-tengok pemandangan luar. Pusat membeli-belah popular iaitu Pasar Payang tidak jauh dari hotel ni,jadi memudahkan pergerakan kami anak beranak.

Malam kedua kami bertukar menginap di http://www.bbbr.my/ .Di sini persekitaran agak berbeza tidak jauh mana dari Bandar Kuala Terengganu. Sesiapa yang berminat dengan kawasan pantai bolehlah bermalam di sini.Tetapi untuk mandi laut tu tak la kot,sebab ombak agak besar.Kalau nak main-main tepi pantai tu ok lah. Tapi kat resort ni ada kolam renang disediakan, cuma tak der sarapan disediakan oleh pihak resort.Tiada masalah kerana deretan kedai makan ada depan resort tu je.Ok kalau kat sini plak ambik bilik yang mengadap pantai.Perghhh pemandangan yang sangat cantik.Tapi orang setempat kata kalau air pasang ombaknya boleh sampai ke resort.Tapi masa kami bermalam di sana ok saja.Alhamdulillah.Kalau sarapan pagi tu kena try la Nasi Dagang yang best yang dah dilawati juga dalam program Jalan-Jalan Cari Makan TV3 iaitu Kedai Kak Pah.Kalau time pagi tu memang berderet la orang beratur.Berbaloi kot saya bagi 5 bintang sebab sedap dan premis makanan kategori A Sangat Bersih.Waktu petang pula banyak aktiviti di sekitar pantai ada kereta kuda,boleh juga sesiapa yang nak menunggang kuda,taman permainan kanak-kanak.Bebarapa bangunan sedang dibina di kawasan sekitar,jadi kawasan tersebut belum diselenggara dengan baik lah.Mungkin bila dah siap nanti lagi selesa kawasan sekitar pantai tersebut

Rasanya tidak sah kalau ke negeri Terengganu jika tidak melawat Masjid Kristal dan Taman Monumen.Masa kami ke sini ada promosi harga untuk set kombo TTI River Cruise dan Taman Monumen.So sangatlah berbaloi-baloi.Menyusuri sungai Terengganu saya rasakan percutian ni lebih bermakna.Pujian juga harus diberikan kepada penduduk di sekitar sungai,kerana hasil pemantauan saya,sekitar kawasan sungai ini masih bersih.Tahniah .Sehari juga masa perlu di peruntukan jika ke sini.Barulah boleh cover semua monument yang ada dalam ni.Kiranya sehari tu kita dapat pusing satu dunia dalam satu tempat.

Malam ke 3 nya kami balik semula ke Hotel Citi.maklumlah hari last ni nak membeli serba sedikit buah tangan dari sini.Hasil batik jangan dilupakan mesti beli ok.Dataran Shahbandar time malam juga meriah ramai orang dok main roller blade dan macam- macam lagi.kira tempat lepak best juga dan perlu dilawati jika dah sampai ke sini.

Malam ke 4 kami meneruskan percutian ke Negeri Kelantan. Tak sah kiranya kalau dah sampai Pantai Timur jika tidak ke Negeri Serambi Mekah nih.Semalam saja kami ke sini kerana kami pernah bercuti di sini masa ada ada sorang dulu. Hampir 6 tahun kami kembali semula, bermalam di Wakaf Che Yeh juga sesuai untuk mereka yang gemar membeli belah. Senang kedai makan pon dekat turun bawah je. Esoknya hari last di negeri ni, pagi terus ke Pasar Siti Khadijah. Bangunan ini sedang dibaikpulih,tetapi jualan masih berjalan seperti biasa.Sama macam ke Tererengganu juga,hasil batik mesti kita beli.hehehe.

Ok kami meneruskan perjalanan pulang ke kampung di Perlis. Bertolak dari Kelantan Jam 3 petang macam tu ,jam 12 malam baru sampai ke Padang Besar Utara Perlis.

Ok selesai percutian kami 6 beranak ke negeri Pantai Timur,sebelum berakhirnya tahun ni rasanya nak ke Taman Tema Carnival Sungai Petani.Masih dalam perancangan,harapnya menjadi.Keseronokan anak-anak adalah matlamat utama percutian kami saban tahun.Ok kesimpulannya negeri Terengganu memang best sesuai dengan tagline nya Negeri Cantik Budaya menarik.Ada rezeki kami nak pergi lagi.hehehe

Untuk tahun depan perancangan suami ke arah Selatan pula iaitu negeri  Johor.Tapi kalini kami bercadang nak naik kapal terbang saja bila ada tambang murah.heheh,lebih jimat masa dan wang rasanya. Itu baru perancangan.Harapnya menjadi.nak p LEGOLAND macam best je kan.








No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...