Thursday, May 15, 2025

HARI

 Assalammualaikum dan salam sayang semua.Selamat HARI Raya walau sudah hampir sebulan lebih berlalu..sangat pantas sudah pertengahan bulan Mei 2025.

HARI ni 14 Mei,adalah HARI lahir yang ke 43,terima kasih atas ucapan,doa dan pelbagai hadiah diterima.Alhamdulillah,bersyukur dan gembira dengan HARI ini.Semoga aruah mak yang mengandung,melahir dan membesarkan anak-anak ,cucu dan sempat juga 3 orang cicit ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman.

HARI ini juga, HARI yang mengembirakan buat anak-anak BP cougars,jurulatih dan ibu bapa...menang penuh bergaya 66 - 0 dengan High School Bukit Mertajam, semoga terus berjaya buat anak-anak semua.Semestinya perlawanan Ahad depan dengan RMC dan seterusnya ianya lebih mencabar,itu biasa dalam kehidupan ada turun ada naik,jika tidak kita selesa,lupa dan tidak bersedia.

HARI ini juga HARI sedih buat kami di pejabat,dalam 2 minggu lepas sahabat rakan seperjuangan kami kehilangan suaminya,HARI ini pula,salah seorang sahabat kami kehilangan isteri pula.Kehilangan orang yang kita sayang adalah sesuatu yang setiap kita akan laluinya,bukan mudah.Semuanya rahsia Allah.Semoga kita semua yang pernah merasa kehilangan terus tabah dalam menjalani kehidupan.Cuba yang terbaik moga orang yang telah tiada mendapat menafaat dari kita yang masih hidup.

HARI tetap terus berlalu,setia mengikut perintah Allah tapi samada kita masih di sini itu yang belum pasti.

Di kesempatan ini, doanya semoga kita semua dipanjangkan usia dengan berkat,sihat dipermudah setiap urusan, dilimpahkan rezeki yang banyak dan dimatikan dengan Khusnul Khatimah.Moga kita dikumpulkan dalam Syurga Firdausi.Amin.

Buat anak-anak bonda, terima kasih selama HARI yang telah kita lalui bersama, hampir atau lebih dari 5840 hari dari usia kak Yong pasti banyak khilaf bonda sepanjang membesarkan dan mendidik anak-anak tersayang,itu bonda akui. Bonda akan berusaha buat apa yang terbaik dan termampu.Suatu ketika dulu,mengenang ilmu dan sabarnya yang sangat kurang.Sekarang terus menerus berjuang memperbaiki apa yang kurang.

Semoga anak-anak, zuriat dan keturunan kita sentiasa dalam lindungan Ilahi dan lalui HARI mendatang dengan bahagia,tentunya bahagia kita hingga syurga.

Kita cuma ada HARI ini, HARI semalam telah berlalu pergi dan HARI esok yang belum pasti buat kita.

Salam sayang bonda 

Nukilan HARI

14 MEI 2025

TPI



No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...