Monday, January 1, 2024

Selamat datang 2024🎉

 Assalammualaikum dan Happy New Year 2024 semua,hampir 12 minit berlalu,2023 telah meninggalkan pelbagai kisah cerita suka dan duka.

Sepanjang tahun ni,awal tahun,bermula hari lahir anakanda Nor Aboubakar Fud'zail yang ke 8 tahun.nak hadiah ukelele.

 Dalam bulan Mac,birthday anakanda puteri Nor Auni Sifa'.Kemudian kami mengadakan majlis kenduri kesyukuran masuk ke rumah baru, saya dapat berpindah ke Kompleks Sempilai,iaitu pejabat negeri setelah berulang alik hampir 6 bulan.Anakanda Nor Abdullah Fur'qan dapat melanjutkan pelajaran ke MRSM Balik Pulau,itu pilihan ke 3 .Alhamdulillah,sebab mulanya kata dapat MRSM Kepala Batas.Kita puasa dan menyambut hari raya.

Ulang tahun perkahwinan bulan Mei,bawa anak-anak bercuti di Genting Highlands,seronok walaupun tempatnya sudah tidak sesejuk dulu,dari Genting kami ke Colmal Tropical.Bila tengok anak-anak happy,kita ibu bapa juga happy.


Dalam 5 Julai macam tu,masa tengah masak lepas balik kerja,dapat panggilan dari suami, kaki anakanda Nor 'Abdurrahman Faqih masuk dalam rim motorsikal semasa balik dari kelas KAFA,alhamdulillah luka yang dialami tak la serius tetapi tetap mengejutkan.Dalam bulan Julai juga anakanda puteri tunggal kami,dapat anugerah pengetua MRSM Pulau Langkawi.

Alhamdulillah tahun ini ,kami menjalankan ibadah korban di Kedah untuk anakanda Fur'qan.Hujung bulan Julai,saya seorang ke Pulau Langkawi untuk melawat anakanda kak yong,sehari sahaja pergi dan kemudian balik bermalam di kampung,jika ada masa terluang saya akan balik kampung walaupun seorang sebab melawat ayahanda seorang diri selepas arwah mak tiada,syukur ada kakak kedua tinggal sebelah rumah ayah.

Bulan hujung Ogos anak-anak bercuti,kami ke Madad Sungai Petani,kemudian esoknya kami ke ZooNegara dan kemudian ke Putrajaya menyambut kemerdekaan ke 66 disana.Dua malam bermalam di Kota Warisan.

Awal bulan September,ada sukan KPDN ,Pulau Pinang menjadi tuan rumah,haha saya penyokong je.Pertengahan bulan September,suami pula rezeki dapat berpindah ke seberang,jadi tak perlu lagi keluar seawal 530 pagi untuk berulang alik ke Pulau.Fud'zail mula mengikuti kelas ukelele.

Bulan Oktober,4 10 hari lahir anakanda Fur'qan selalunya sambutan bersama Faqih, yang menyambut kelahiran 24 November.Bulan 10 juga,kehilangan sahabat rakan sekerja Arwah Aby.

November sambutan birthday Faqih dan Fur'qan,kami bermain bowling di Perlis,Hantar kak yong pulang ke Langkawi kalini melaui Feri Kuala Perlis.Bila pulang ke Bertam,ayah ikut kami sekali.

Disember,anak-anak Faqih dan Fud'zail mula belajar silat Gayong di Masjid Abdullah Fahim.Awal bulan 12 juga Faqih dah mula sakit dalam perut 2 malam di Hospital Sunway,dan hujung bulan  5 hari lalu kami masuk semula ke sini,hingga saat entri ini ditulis,Faqih masih lagi tak ok.Ya Allah kurniakan kesembuhan buat anakanda Nor 'Abdurrahman Faqih,panjangkan usia anak-anakku,kesihatan,kebahagian dan limpahkan kekayaan buat mereka dunia dan akhirat.

Itulah sedikit sebanyak coretan suka duka 2023, semoga 2024 kita semua terus dilimpahkan kesihatan yang baik,dapat menggumpul amalan sebanyak mungkin,Ramadhan dah hampir tiba,panjangkan dan kurniakan kesihatan yang baik supaya kita dapat mengejarkan ibadah sebaiknya,genap juga 3 tahun arwah mak meninggalkan kami dalam 22 Ramadhan.cepat masa berlalu.

Doakan Palestin juga sudah hampir 4 bulan,tiada tanda yang peperangan akan berakhir,kita terus berdoa supaya Palestin bebas dari cengkaman lagnatullah Israel.20 ribu sudah kehilangan nyawa rakyatnya.Allahuakbar,hasbunallah hu nikmalwakil.

Salam sayang ❤️

Bonda

1.1.2024

1.19am

603-1 Hospital Sunway Seberang Jaya 





No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...