Saturday, December 21, 2019

#umrahpertama2019





Alhamdulillah penghujung tahun 2019 ,kami dijemput menjadi tetamu Allah di bumi Mekah dan Madinah.
Walaupun plan nya memang setahun awal,tapi pemilihan syarikat umrah dipilih dalam bulan March.Kami mengambil keputusan memilih syarikat @persadaglobalholidays.Masa tu memang tak berapa familiar lagi nama company ni..takut juga dengan banyak kes-kes penipuan melibatkan umrah ni kan.
Ikutkan plan awal saya bercadang untuk ziarah ke Baitulmaqdis,tetapi harganya agak tinggi pada ketika tersebut menyebabkan menggubah ke sebuah lagi destinasi iaitu Negara Turki.Alhamdulillah apa yang dirancangkan berjalan lancar.
Tempoh masa ziarah umrah adalah 15 hari 13 malam,menggunakan perkhidmatan @turkishairlines.
Dari Pulau Pinang saya dan suami menggunakan AirAsia..sebab perjumpaan pada keseluruhan jemaah adalah pada jam 6 petang di KLIA.
So jemaah yang lain dari Pulau Pinang mengikut ustaz Murshid menggunakan Malindo.Kami bergerak dari Pulau Pinang lebih kurang ke masanya..cumanya kami berhenti di KLIA2 dan menggambil train untuk KLIA.Alhamdulillah perjalanan semua semua berjalan lancar.
Dari situ kami dah mula berkenal-kenal,sebab memang niat saya nak mengerjarkan umrah kalau boleh bukan dari kalangan rakan-rakan yang dikenali sebabnya nak cari kawan-kawan baru.Semua ahli jemaah semuanya baik-baik belaka,ringgan tulang membantu apa yang perlu.Mutawif juga sangat-sangat baik.
Penerbangan kami dari KLIA dalam jam 11 menggunakan #Turkishairlines,sangat-sangatla berpuas hati..dalam jam 6.04 pagi waktu tempatan kami sampai Istanbul Airport..5 jam lebih kurang perbezaan waktu Turki dan Malaysia.
So hari pertama kami terus ke #Bursa kalau sampai dalam penghujung bulan Disember masa dah salji kawasan tersebut.Tapi masa kami di sana suhu mencecah 9° juga..Sangat seronok la di sana..makanannya..penginapannya dan segalanya boleh dikatakan sangat seronok.Gambaran persekitaran..pemandangan tak akan sama dengan apa yang dilihat oleh mata kita sendiri..Ciptaan Allah maha kuasa..sangat indah hebat kota Istanbul.Hari kedua kami berjalan-jalan di sekitar Bandar Istanbul.Kami ke Hagia Sophia,Masjid Biru dan kawasan sekitar.Hari ke 3 kami melawat Bosphorus,mosque of Sultan Sulaiman dan Spice Bazar.Bestnya Spice Bazar tersebut kerana terdapat lebih 4000 kedai di dalamnya..so amazing kan.

Pada hari seterusnya ...perjalanan di bumi anbiya diteruskan,berlepas dari Airport Istanbul jam 1 ptg dan tiba di Airport Madinah lebih kurang 4.00 ptg.
5 malam di Madinah..bila sampai terus melawat Makam Rasullullah..Ya Allah hanya yang dah sampai tahu macam mana perasannya merindui seseorang kekasih Allah yang kita tidak pernah jumpa...Allahuakbar..
1 December 2019..itulah ibadah umrah pertama dalam hidup..Perasaan mula nampak Kaabah macam bermimpi dan terdetik Ya Allah ini yang aku sembah selama ini..sedih..pilu..gembira perasaan yang tak boleh nak digambarkan.
Tetapi betulla sesiapa yang sudah pergi ziarah...bila balik mesti rindu dan akan nak pergi kembali.
Begitula juga dengan kami..tetapi lepas ni perancangan in sya allah nak bawa semua anak-anak sekali.Amin.
Semoga Allah mudahkan segala apa yang dirancang.
#umrahlagi

Alhamdullilah dan syukur sangat2 atas umrah kali ini..begitula cerita serba ringkas sebagai tetamu Istimewa Allah SWT.
Tak tertulis jika hendak menulis satu persatu aktiviti..tempat lawatan dan sebagainya..terlalu banyak ..istimewa dan indah setiap detik kami di sana.Semuanya tersimpan rapi dalam memori diri selagi Allah izinkan..

Terima kasih pada semua jemaah lain..ramai kawan-kawan baru..semoga hubungan persaudaraan ini kerana Allah berkekalan selamanya.

Tetapi untuk perancangan terdekat ada juga plan-plan nak ke negara Eropah lagi..setelah pergi ke Istanbul rasa seronok pula ..sama-samalah terus menabung.

Beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan kami di sana.aik gambarnya ke atas pula🤣..lepas ni kita  boleh
#Balkan plak kot🤣🤲
Terima kasih sekali lagi kepada pihak syarikat @persadaglobalholidays..semoga pihak syarikat dan mutawif sentiasa dibawah naunganNya...
Terima kasih kepada suami merialisasikan impian isteri mu ini.Hadiah terindah bagi ulangtahun perkahwinan tahun ke 11.Semoga terus dimurahkan rezeki.
Terima kasih keluarga yang menjaga anak-anak kami sepanjang ibadah umrah kami hanya Allah yang dapat membalas segala budi.
Dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung sentiasa mendoakan kelancaran ibadah umrah kami.semoga kita semua dijemput oleh Allah ke tanah suci lagi dan lagi..Amin


No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...