Monday, February 18, 2013

cerita kosong

Sudah lama tidak menulis di ruangan ini,kesuntukan masa dalam urusan seharian menyebabkan sekejap saja masa berlalu.Rasanya baru semalam saja 2013,rupanya kita sudah berada di penghujung bulan Februari.Bukan mudah untuk menjadi insan yang terbaik,tetapi sekurang-kurannya aku terus berusaha ke arahnya.terutama memperbaiki hubungan dgn Pencipta Yang Maha Esa.

Seperti biasa setiap hari rutin harian,pagi-pagi bangun memasak,hantar anak ke nursery,menguruskan urusan pejabat,petang dijemput atau menjemput sang suami bersama anak-anak.Bila hujung minggu pulak hang out bersama keluarga itu adalah aktiviti wajib kami saban minggu.

Tapi cuti CNY lepas,kami pulang ke kampung,cuti umum yang jatuh pada hujung minggu menjadikan cuti berpanjangan hingga ke hari Selasa.Walaupun hanya 2 malam sahaja di kampung sendiri,diri ini bersyukur dan puas masih boleh bersama-sama orang yang disayang.Jika nak berseronok di kampung balikla semasa mak ayah kita masih ada.Jika mereka sudah tiada,tiada apa lagi yang istimewa di kampung halaman sendiri.Aku bersyukur ayah masih lagi sihat walaupun di akhir usia 70an,masih lagi mampu memandu kereta dan mendukung anak- anak ku,walaupun semasa aku dilahirkan ayah sudah berusia 49 tahun....Terima kasih Allah,,,

2 comments:

  1. Salam pada tuan rumah dan ucapab terimaksih ambo kerana sudi jadi follower...

    ReplyDelete

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...